Khamis, 23 Oktober 2014

BAHASA MELAYU TING.6 SEM 3...

bab 1 = Wacana

KONSEP >>> unit bahasa yang melebihi atau melampaui batas ayat.


CIRI-CIRI

>< memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan dan lengkap.
>< terdiri daripada 2 ayat atau lebih, ceraian bab, siri buku, buku, dan sebagainya.
>< penggunaan bahasa dalam konteks atau situasi yang tertentu.


menjadi utuh dengan adanya KOHENSI (tautan) & KOHERAN (runtutan)


KOHENSI (tautan)

;) hubungan / jalinan yang erat antara kata, frasa dan ayat dalam satu binaan atau lebih satu ayat.

;) terdapat penanda khusus

1) NAHUAN 
= penanda rujukan
= penggantian
= elipsis
= penghubung

2) LEKSIKAL
= pengulangan
= kolokasi

KOHERAN (runtutan)

:) kesinambungan idea yang kemas dan teratur, isi, maklumat serta mempunyai makna yang jelas.


8 aspek kesinambungan idea

1) sebab & akibat  - Dia merasa sedih. Dia menangis.
2) sebab & hasil  - Dia rajin mengulangkaji. Akhirnya dia cemerlang dalam peperiksaan.
3) sebab & tujuan  - Dia selalu mengulangkaji kerana dia ingin lulus di dalam peperiksaan.
4) syarat & hasil  - Sekiranya dia rajin belajar, InsyaAllah akan berkat usahanya.
5) latar & kesimpulan  - Rumah itu kelihatan mewah dan mahal. Rupa - rupanya rumah itu milik hartawan.
6) perbandingan  - Adiknya rajin bekerja. Dia lebih rajin bekerja berbanding adiknya.
7) memperkuatkan isi  - Gadis itu berpewatakkan menarik, manja dan sopan. Dia juga menghormati orang.
8) aditif  - Dia berada di barisan hadapan. Dia tidak gementar. Dia sentiasa bersedia untuk berjuang.


Penanda Penghubung - dalam idea dan ayat

a) penghubung tambahan - tambah maklumat dalam ayat
b) penghubung pertentangan - menentang atau membantah maklumat yang dinyatakan
c) penghubung musabab - menyatakan tentang sebab berlakunya sesuatu keadaan
d) penghubung kesimpulan - merumuskan pengakhiran suatu penceritaan atau ayat
e) penghubung tempoh - merujuk kepada masa, waktu atau siri

Penanda Rujukan 

- menghubungkan kata dengan benda 
- guna kata ganti nama diri

Penanda Penggantian 

- ganti unsur ( pendidik -> guru )

Penanda Leksikal 

- pengulangan kata  
- bersinonim 
- berkolokasi / berhiponim

Penanda Elipsis / Pengguguran

- menghilangkan atau menggugurkan kata

Tiada ulasan: