Definisi ekologi dan ekosistem...
Ekologi = Ekologi dikaitkan mengenai ruang habitat hidupan yang didalamnya wujudnya saling berhubung antara organisma (haiwan dan tumbuhan) dengan persekitaran (udara,tanah dan air) dan saling berhubungan antara organisma dalam kumpulan organisma.
Ekosistem = Ekosistem merupakan suatu ruang alam semulajadi yang mempunyai dua jenis komponen iaitu komponen hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) yang saling berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain.
buku Pelangi
Ekologi = Ekologi adalah hubungan antara organisma hidup (biotik) yang saling berinteraksi dengan persekitarannya (abiotik).
Ekosistem = Ekosistem mempunyai dua komponen iaitu benda hidup (biotik) dan bukan benda hidup (abiotik) yang saling bertindak balas.
buku Local Publications (LP)
Ekologi = Ekologi ialah satu bidang/cabang sains yang mengkaji saling berinteraksi antara organisma hidup (biotik) dengan bukan hidup (abiotik) dalam persekitarannya.
Ekoogi & Ekosistem = Ekologi dan ekosistem merupakan kajian saling berinteraksi antara organisma hidup (biotik) dengan komponen bukan hidup (abiotik). Namun terdapat perbezaan dari segi skala.
Saiz @ Skala
- SKALA MESO >>> ekosistem kolam kecil, parit kecil dan ekosistem belukar
- SKALA MIKRO>>> ekosistem sebuah tasik, kawasan paya bakau, hutan tanah tinggi, hulu sungai dll
- SKALA MAKRO>>> ekosistem lembangan lautan, ekosistem daratan (hutan hujan tropika) dan ekosistem global.
PERBEZAAN POPULASI DENGAN KOMUNITI
Ciri-ciri
|
POPULASI
|
KOMUNITI
|
konsep
|
Sekumpulan organisma atau
individu spesies (haiwan @ tumbuhan) daripada spesies yang sama hidup dan
membiak di kawasan yang sama.
|
Beberapa kumpulan populasi
haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling bergantung antara satu
sama lain di kawasan yang sama.
|
pendekatan
|
Spesies yang sama
|
Spesies yang berlainan
|
contoh
|
Populasi monyet di hutan.
|
Populasi zirafah yang hidup
bersama-sama populasi kuda belang untuk membentuk satu komuniti di kawasan
yang sama.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan