Sabtu, 13 September 2014

geoGRAFI alam SEKITAR manusia... (PENCEMARAN AIR)

Pencemaran Air

konsep...

—===Bermaksud kemerosotan kualiti sumber air bersih samaada dari sungai, laut, tasik, kolam, takungan semulajadi, air bawah tanah dan air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya akibat aktiviti-aktiviti manusia.




5 Petunjuk pencemaran air daripada >><<

Sisa toksik industri

i.Peningkatan kandungan permintaan oksigen biologikal (BOD)
ii.Peningkatan amonikal nitrogen (NH3-N)
iii.Nilai keasidan (pH) air meningkat
iv.Permukaan berminyak dan berbau
Sisa kumbahan
i.Bakteria escherichia coli (E-Coli)
ii.Perubahan warna & bau
Sisa racun baja kimia pertanian
i.Tingkat nilai asid (pH) air
ii.Sebatian kimia & asid bertambah
iii.Kematian hidupan akuatik
Sisa pepejal plastik,botol & domestik
i.Kandungan pepejal terampai meningkat
ii.Sisa air sampah (busuk)
iii.Perubahan warna
Pengaliran regolit (kelodak & lumpur)
i.Perubahan warna air
ii.Kandungan pepejal terampai (sampah sarap)

Aktiviti manusia menyebabkan pencemaran air…


1.Penyahutanan
= dilakukan secara besar-besaran
=pembalakkan > partikel tanah terhakis dibawa larian air permukaan ke sungai @ tasik
=menyebabkan perubahan warna
Contoh> sungai Lojing, Kelantan
2.Pertanian
=penggunaan racun serangga, baja kimia
=bersama larian air permukaan membawa sisa-sisa kimia
=menyebabkan kualiti merosot (nilai pH)
Contoh> kawasan tanaman Cameron Highland
3.Penternakan
=saliran najis @ bangkai haiwan mati/ disembelih ke dalam sungai
=Menyebabkan air berbau busuk, kandungai bakteria E-coli bertambah dan aliran air lambat “air mati
Contoh> Sungai Sepang, Selangor teruk dengan sisa buangan najis khinzir
4.Perindustrian
=pelepasan efluen/ sisa kilang
=kilang proses getah kelapa sawit
=menyebabkan kemerosotan kualiti (BOD) & warna dan bau
Contoh> Sungai Skudai, Johor & Sungai Perai, Pulau Pinang
5.Pelancongan
=sisa kumbahan (hotel, resort & chalet) ke laut
=menyebabkan kemerosotan kualiti & bakteria E-coli
Contoh> Port Dikson, Negeri Sembilan & Batu Feringgi, Pulau Pinang
6.Pengangkutan
=pembuangan enapan cemar oleh kapal penangkut, perlanggaran (tumpahan minyak)
=kewujudan ketulan tar/minyak atas permukaan laut
Contoh> Perairan Selat Melaka berisiko tinggi
7.Perbandaran
=kewujudan kawasan setinggan (buang sisa domestik)
=di cemari sisa-sisa makanan (perniaga kecil)
=kewujudan sisa pepejal terampai seperti plastik, botol, polistren dll
Contoh> Sungai Gombak & Sungai Klang, Kuala Lumpur
8.Perlombongan
=bijih timah, emas & tembaga (sisa buangan)
=perairan laut (pelantar minyak) petroleum kerja cari gali & pengerudian bahan mentah
=kewujudan ketulan-ketulan minyak di permukaan laut (matahari tidak sampai ke dasar laut)
Contoh> Kerteh, Terengganu

Langkah atasi

PERUNDANGAN
ØKuatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
ØCegah & kawal aktiviti
ØPelaksanaan hukuman & tinggatkan kompaun & penjara
BUKAN PERUNDANGAN (URUSAN STRATEGIK)
vSedia sistem perangkap & kutipan sampah & selenggara sungai
vPembersihan berterusan
vRawat semula air yang tercemar reverse osmosis (RO)
Contoh> projek NeWater oleh Singapura
BUKAN PERUNDANGAN (KEMPEN)
üGotong-royong bersihkan sungai @ tasik
üKempen jaga kebersihan sungai & tasik
üPeranan media massa, slogan & usaha kerajan / swasta / NGO & masyarakat setempat

PENDIDIKAN
üPendidikan alam sekitar di sekolah
ü(Geografi, pendidikan sivik dan kewarganegaraan)



Tiada ulasan: