Jumaat, 24 Oktober 2014

Bab 5 >> Semantik

KONSEP

(: ilmu yang mengkaji pekaitan antara lambang, tanda dengan makna.
(: tarif sebagai kajian tentang makna, frasa dan ayat


...DENOTATIF...


>>> makna yang tersurat, kata dasar atau makna asal suatu kata
>>> miliki makna sebenar



... KONOTATIF...

>> makna dikaitkan dengan nilai (tambahan)
>> nilai positif / negatif



... PERBEZAAN DENOTATIF & KONOTATIF...

;) dapat tentukan berdasarkan nilai masyarakat
;) mencukupi negatif / positif

contoh >> Duit kopi = wang hasil jualan kopi (denotatif)
>> Duit kopi = benda atau bahan suapan rasuah (konotatif)




 { 3 KOMPONEN }


1) kata >> melalui lisan / tulisan
2) konsep atau makna >> abstrak yang tercipta difikiran
3) rujukan >> merujuk benda yang berkonkrit



{ 2 UNSUR }

  1.  diertikan
  2.  mengertikan





      contoh >>> kucing ------------------> comel, manja



... LEKSIKAL ...

} sinonim

= kata makna sama dengan yang lain
= bersifat 2 hala
contoh >>> perempuan --- wanita


} antonim

= kata makna berlawanan
= bersifat 2 hala
contoh >>> muda --- tua


} hiponim

= kaitan 2 kata yang makna pertama dalam kedua
= superordinat --- himpun
contoh >>> bunga mawar, melur, melati --- bunga  


} homonim

= 2 kata atau lebih
= meliputi 3 H

  1.  Homonim >> eja sama, bunyi sama (salak/salak , organ/organ)
  2.  Homofon >> eja lain, bunyi sama (house/haus , bank/bang)
  3.  Homograf >> eja sama, bunyi lain (semak/semak , perang/perang)



} meronim

= sebahagian yang dikenali holonim
contoh >>> tingkap, pintu, bumbung, atap, tiang --- rumah


} polisemi

= 1 patah perkataan, punya banyak makna
contoh >>> gugur, turun, terbenam --- jatuh


... PERUBAHAN MAKNA ...

} PELUASAN MAKNA

>> kata asal dukung makna tertentu jadi makna lain
contoh :)

  1. perkataan = saudara
  2. makna asal = pertalian darah
  3. perluasan kata = perkahwinan, agama, islam, rujukan hadirin 


} PENYEMPITAN MAKNA

>> makna umum jadi khusus
contoh :)

  1. madrasah = sekolah
  2. kitab = buku agama


bab 4 Laras Bahasa

KONSEP

=ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang - bidang tertentu

...JENIS & CIRI LARAS...

a) Laras Undang - undang

} tiada gambaran
} pentingkan objektif

b) Laras Agama

} pengaruh Bahasa Arab
} penggunaan Tamsil & Ibarat

c) Laras Resepi

} bahasa ringkas 
} guna ayat perintah
} ( memanaskan >> panaskan )

d) Laras Iklan

} ringkas tapi kreatif
} tidak patuhi tatabahasa
} bersifat emitof & sensasi

e) Laras Sains

f) Laras Ekonomi

g) Laras Sastera

} kreatif & imaginatif
} penggunaan kosa kata
} menggunakan bahasa tersirat & kreatif

h) Laras Sukan

} tidak patuhi tatabahasa 
} pentingkan kesan emotif kepada audiens

i) Laras Lain

} Laras Sejarah
} Laras Geografi
} Laras Akademik
} Laras Matematik
} Laras Linguistik




Khamis, 23 Oktober 2014

bab 3 VARIASI

KONTEKS...

= perbezaan atau kelainan bahasa yang wujud berdasarkan konteks penggunaan yang berbeza.

1) ISOGLOS

>> garis pemisah dialek dengan dialek lain
contoh <> negeri Perlis dengan Kelantan

2) DIAGLOSIA

>> kewujudan 2 variasi bahasa
>> mengikut situasi (formal / tak formal)
contoh <> tuan, puan / mak cik, adik, abang

3) SUBDIALEK

>> terdapat dalam sesuatu dialek
>>perbezaan kawasan dalam satu negeri
contoh <> negeri Perlis = kawasan Abi dan Panggas
<> negeri Perak = kawasan Kuala Kangsar, Gerik dan Taiping

4) DWIBAHASA

>> penutur kuasai dan menggunakan dua bahasa yang berbeza
>> Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
contoh <> "Thank adik cute.."

5) MULTIBAHASA

>> penutur guna lebih dari 2 bahasa
>> Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin
contoh <> "wok ai ni...", "i love u...", "saya sayang awak..."



JENIS VARIASI BAHASA

DIALEK

= berbeza dari segi sebutan dan kosa kata
= variasi baku
contoh <> Perlis (ayaq), Kuala Lumpur (air)


IDIOLEK

= di sebabkan perbezaan individu
= kecatatan (sengauan) & tabiat penyebutan, pengaruh rakan atau keluarga & gaya
contoh <> rumah - qumah / hari - haqi


PIJIN

= terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa yang berlainan
= sama dengan bahasa pasar
contoh <> sayur kebun, lu, gua


KREOL

= Asmah H.Omar > bahasa kacukan
= Nik Safiah Karim > bukan asal bahasa tempatan
= wujud faktor perkahwinan, geografi & perniagaan
= ciri bahasa / cakap terbalik (Baba Nyonya)
contoh <> "ini orang banyak suka sama itu perempuan".


SLANGA

= ditutur sekumpulan tertentu sahaja
= dikenali Bahasa Kutu / Bahasa Rocker
=bertaraf rendah daripada bahasa standart
contoh <> balak, bro, cun dan awek


BAHASA FORMAL

=digunakan dalam situasi rasmi
= guna Bahasa Baku & Bahasa Istana
contoh <> tuan, puan, patik, beta dan awak


BAHASA TAK FORMAL

= digunakan dalam situasi pertuturan harian
= sama dengan bahasa basahan
contoh <> "awak cute la..", "sorry, I tak ingat..."


BAHASA HALUS

= digunakan secara beradap & sopan
= hormati perasaan orang lain dan wujud kemesraan
contoh <> dengan penuh takzim, salam hormat, berbadan dua & tuan / puan


BAHASA KASAR

= bahasa tidak sopan / kurang beradap (kasar & kesat)
= menggunakan nada sinis, tinggi & beremosi negatif
contoh <> melantak, membuta dan bini


BAHASA ISTANA

= bahasa Diraja digunakan khusus dalam perhubungan rakyat dengan kerabat diraja
= bahasa halus, formal dan beradap
contoh <> kekanda, bonda, beradu, santap


BAHASA BASAHAN / KOLOKIAL

= digunakan dalam hidupan harian / tak formal
= struktur pendek
contoh <> "nak pergi mana?"


BAHASA BAKU

= diterima masyarakat sebagai rujukan
= guna dalam situasi rasmi
contoh <> "Saya menjemput tuan..."


BAHASA MESRA

= untuk orang yang ada hubungan rapat dengan kita
= panggilan / gelaran
contoh <> pak cik, I, mak cik Joyah


BAHASA PASAR

=campuran bahasa Melayu dengan bahasa lain
= kaitan dengan pijin
contoh <> lu, gua, tambi / lu punya anak punya ayah



Bahasa Melayu Sem 3..

bab 2 = RETORIK

KONSEP  ;)

# seni pemakaian bahasa untuk menyampaikan idea dengan menarik dan berkesan dalam bentuk lisan dan tulisan.




JENIS RETORIK

1) Pemerian

>> berobjektif, tepat & jelas
>> bersifat deskriptif dan informatif
>> menunjukkan tempat atau seseorang

contoh <> templat atau sample


2) Pemujukan

>> pengaruhi atau dorong pembaca 
>> guna bahasa yang berkesan, menarik & pentingkan kehalusan berbahasa (romantik)
>> tekan aspek psikologi 
a) rasional
b) tak rasional

contoh <> iklan, kempen atau rayuan


3) Penghujahan

>> di gunakan untuk penulisan atau ucapan 
>> mempengaruhi pembaca atau pendengar
>> gunakan teknik deduksi, induksi atau analogi
>> jelas dan menarik

contoh <> debat, forum dan bahas



4) Penceritaan

>> siri insiden atau peristiwa mengikut turutan
>> ciri kesatuan, koheran, penekanan & gaya penulisan atau penyampaian
>> ada pendahuluan, perkembangan & penutup
>> boleh dalam bentuk lisan atau tulisan

contoh <> cerpen, novel, autobiografi dan kisah



5) Pendedahan

>> ada contoh dan perbandingan
>> guna teknik pentakrifan dan analisis
>> menjelaskan istilah atau konsep
>> melalui lisan atau tulisan

contoh <> taklimat atau kertas kerja





TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA...

DEDUKSI ;)

# penyataan umum kepada khusus
# ayat topik diikuti ayat sokong
# dikenali piramid terbalik


INDUKSI ;)

# penyataan khusus kepada umum
# ayat topik dinyatakan pada akhir
# contoh, huraian dan kesimpulan


ELEKTIK

# gabungan induksi dan deduksi
# isi penting, maklumat dan kesimpulan


ANALOGI

# satu gagasan kemukakan bandingan kaitan yang erat dapat kukuhkan usul agar diyakini



BAHASA MELAYU TING.6 SEM 3...

bab 1 = Wacana

KONSEP >>> unit bahasa yang melebihi atau melampaui batas ayat.


CIRI-CIRI

>< memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan dan lengkap.
>< terdiri daripada 2 ayat atau lebih, ceraian bab, siri buku, buku, dan sebagainya.
>< penggunaan bahasa dalam konteks atau situasi yang tertentu.


menjadi utuh dengan adanya KOHENSI (tautan) & KOHERAN (runtutan)


KOHENSI (tautan)

;) hubungan / jalinan yang erat antara kata, frasa dan ayat dalam satu binaan atau lebih satu ayat.

;) terdapat penanda khusus

1) NAHUAN 
= penanda rujukan
= penggantian
= elipsis
= penghubung

2) LEKSIKAL
= pengulangan
= kolokasi

KOHERAN (runtutan)

:) kesinambungan idea yang kemas dan teratur, isi, maklumat serta mempunyai makna yang jelas.


8 aspek kesinambungan idea

1) sebab & akibat  - Dia merasa sedih. Dia menangis.
2) sebab & hasil  - Dia rajin mengulangkaji. Akhirnya dia cemerlang dalam peperiksaan.
3) sebab & tujuan  - Dia selalu mengulangkaji kerana dia ingin lulus di dalam peperiksaan.
4) syarat & hasil  - Sekiranya dia rajin belajar, InsyaAllah akan berkat usahanya.
5) latar & kesimpulan  - Rumah itu kelihatan mewah dan mahal. Rupa - rupanya rumah itu milik hartawan.
6) perbandingan  - Adiknya rajin bekerja. Dia lebih rajin bekerja berbanding adiknya.
7) memperkuatkan isi  - Gadis itu berpewatakkan menarik, manja dan sopan. Dia juga menghormati orang.
8) aditif  - Dia berada di barisan hadapan. Dia tidak gementar. Dia sentiasa bersedia untuk berjuang.


Penanda Penghubung - dalam idea dan ayat

a) penghubung tambahan - tambah maklumat dalam ayat
b) penghubung pertentangan - menentang atau membantah maklumat yang dinyatakan
c) penghubung musabab - menyatakan tentang sebab berlakunya sesuatu keadaan
d) penghubung kesimpulan - merumuskan pengakhiran suatu penceritaan atau ayat
e) penghubung tempoh - merujuk kepada masa, waktu atau siri

Penanda Rujukan 

- menghubungkan kata dengan benda 
- guna kata ganti nama diri

Penanda Penggantian 

- ganti unsur ( pendidik -> guru )

Penanda Leksikal 

- pengulangan kata  
- bersinonim 
- berkolokasi / berhiponim

Penanda Elipsis / Pengguguran

- menghilangkan atau menggugurkan kata

Rabu, 15 Oktober 2014

PENGAJIAN PERNIAGAAN SEM 3..

USAHAWAN

Usahawan merupakan seseorang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dan sanggup memulakan usaha teroka, bersifat inovatif dan kreatif,mewujudkan pasaran baharu, serta sanggup mengambil risiko.

Menurut Richard Cantillon, usahawan jalan seorang yang sanggup memikul tugas, mencuba sesuatu baharu dan pengambil risiko.

Menurut Joseph Schumpeter, usahawan jalan seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baharu Esk membangunkan teknologi yang belum pernah dicuba.


KEUSAHAWANAN

Keusahawanan ialah proses mengabungkan sumber-sumber ekonomi untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu, keupayaan untuk mengesan peluang-peluang pekerjaan, menjana idea-idea perniagaan dan membuat pembaharuan demi menjayakan sesuatu perniagaan.

PENIAGA

Peniaga merupakan individu yang membeli barangan pandai harga rendah dan menjual pada harga tinggi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.

PENGURUS

Pengurus adalah individu yang bertanggungjawab untuk laksanakan fungsi-fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan bagi memperoleh imbuhan dalam bentuk gaji sebagai pulangan.



perbezaan usahawan, peniaga & pengurus...

 


ASPEK
USAHAWAN
PENIAGA
PENGURUS
KEUNTUNGAN
·         Pentingkan keuntungan dan sumbangan kepada masyarakat
·         Hanya pentingkan keuntungan semata-mata
·         Mendapat wang imbuhan daripada gaji, bonus dan sebagainya
AKTIVITI
·         Beli, cipta, proses, & tambah nilai barang
·         Beli harga rendah, jual harga mahal
·         melaksanakan tanggungjawab mengikut arahan
INOVATIF
·         Berusaha cipta sesuatu yang baru
·         Jual beli tanpa inovasi
·         Melaksanakan kerja ikt bahagian jabatan kerja.
RISIKO
·         Risiko sederhana
·         Tidak berani menanggung
·         Tiada risiko
STATUS
·         Tidak menitik beratkan / ikut suasana
·         Tidak penting status
Menitik beratkan bidang tugas
KEPUTUSAN
·         Ikut kehandak sendiri
·         Pengaruh persekitaran
·         Mengikut tanggungjawab dan arahan



...PERANAN USAHAWAN DALAM MASYARAKAT USAHAWAN SECARA MIKRO DAN MAKRO...

SECARA MIKRO DALAMAN

1) sumber idea >>> usahawan yang kreatif dan inovatif


2) mengembleng faktor-faktor pengeluaran >>> menentukan kombinasi sumber manusia dan fizikal secara cekap dan berkesan


3) tingkat produktiviti >>> menikmati dan mencipta citarasa pengguna


4) minimum kos >>> menggunakan sumber secara optimum dan mencari alternatif mudah dalam penggunaan bahan mentah


5) melatih pekerja >>> memberi latihan dan khusus kepada pekerja untuk meningkatkan skop kerja



SECARA MAKRO

1) peluang pekerja >>> dapat mengurangkan pengangguran dalam kalangan masyarakat


2) industri sokongan >>> membekalkan bahan mentah kepada industri besar


3) meningkatkan taraf hidup penduduk >>> masyarakat dapat menikmati lebih banyak barang dan perkhidmatan yang baru dan canggih


4) melaksanakan tanggungjawab sosial >>> usahawan memberi biasiswa dan derma kepada masyarakat


5) sumber tempatan >>> menggunakan sumber ekonomi dengan cekap tanpa pembaziran

Sabtu, 4 Oktober 2014

Selamat hari raya aidiladha...

gambar lama ni baru nak upload..hehe selamat hari raya kalian..maaf zahir batin 
#throwback

jom balik PERAK...

pagi raya terus packing barang balik perak..


ni la keje kita orang dalam kereta..mentang-mentang ada driver..selfie je boleh hilang bosan sikit.. habis meter :D

korang makan lemang dan ketupat tak??
rugi kalau korang tak makan..bukan boleh jumpa selalu.. ;)

Ahad, 14 September 2014

komponen biotik dan abiotik...

KOMPONEN BIOTIK DAN ABIOTIK

Perbezaan antara biotik dengan abiotik


Ciri-ciri

biotik

abiotik
konsep
Merujuk kepada benda hidup @ hidupan
Merujuk kepada benda bukan hidup
tahap
·         Dipecahkan kepada 3 bahagian/peringkat 
 i.        Pengeluar
 ii.        Pengguna
 iii.        Pengurai
·         Tiada tahap
·         berada dalam kumpulan yang sama
kegunaan
·         Terhad

·         tidak terhad
contoh
·         tumbuhan hijau (pengeluar)
·         herbivor, karnivor dan omnivor
·         cahaya matahari (tenaga)
·         air
·         udara dan pelbagai gas
·         nutrien tanah (mineral)

PERINGKAT BIOTIK

   
PERINGKAT
HURAIAN & CONTOH

matahari
Ø sebagai sumber semula jadi
Ø mempunyai tenaga haba
contoh = memberi tanega haba kepada tumbuhan dan hidupan di bumi

Pengeluar
(AUTOTROF)
Ø tumbuhan sebagai pengeluar
Ø mampu memproses makanan sendiri (proses fotosintesis)
Ø menjadi sumber makanan pengguna lain
contoh = proses penukaran cahaya matahari (tenaga haba) kepada tenaga biokimia melalui klorofil daun bagi menguraikan air air kepada oksigen

Pengguna primer/herbivor
(FAGOTROF)
Ø kumpulan haiwan yang makan bahan-bahan makan yang dihasilkan organisma autotrof
contoh = ulat, serangga, arnab, rusa, kijang, seladang dll memakan pucuk, bunga dan buah tumbuhan

Pengguna sekunder/karnivor
Ø kumpulan haiwan memakan haiwan fagotrof sebagai sumber makanan
Ø sebagai tujuan untuk membesar, bergerak dan membiak
contoh = harimau, singa, ular, serigala, dubuk, burung hering dll

Pengguna tertier/omnivor
Ø hidupan yang memakan autotrof & fagotrof
Ø sebagai tujuan membesar, bergerak dan membiak
contoh = orang asli di hutan memakan tumbuhan dan haiwan

Pereput/pengurai
(SAPROFIT)
Ø mikroorganisma ini berfungsi sebagai pengurai bahan organik yang telah mati dan reput
Ø berguna kepada pengeluar sebagai nitrogen, fosforus, karbon, potassium dll
contoh = cacing tanah, semut & anai-anai /bakteria, kulat


CONTOH PENGGUNA EKOSISTEM DARATAN dan lautan 




PERINGKAT ABIOTIK

KOMPONEN
HURAIAN & CONTOH

Cahaya matahari (TENAGA)
v komponen asas membekalkan tenaga
v diguna tumbuhan untuk membuat makanan sendiri (FOTOSINTESIS)
vtenaga haba tenaga kimia
contoh = tenaga kimia disimpan didalam daun, bunga dan buah dan berpindah kepada pengguna primer yang memakan tumbuhan tersebut

Air

v Komponen semula jadi digunakan untuk minum dan tumbesaran
v Habitat organisma akuatik (hidupan air)
v Berfungsi sebagai pelarut semula jadi
Contoh = ikan, udang, berudu dll

Nutrien tanah
v Petunjuk utama kesuburan tanih
v Sebagai makanan akar untuk tumbesaran, berbunga & berbuah
v Terhasil melalui proses pereputan & penguraian
Contoh = daun-daun gugur & haiwan, cacing tanah & bakteria hasilkan humus dan zat galian seperti ferum, magnesium, kalsium, kalium, fosforus dll

Udara
v Menentukan kehidupan di muka bumi
v Diguna manusia & haiwan untuk proses pernafasan (respirasi)
v Tumbuhan lakukan proses fotosintesis untuk bebas oksigen
Contoh = gas oksigen, nitrogen, karbon dioksida & gas nadir lain


Kaitan antara biotik dengan abiotik


                      biotik >>>abiotik                abiotik >>>biotik


*   Bekal kelembapan udara dan menyederhanakan suhu
= proses pepeluhan (transpirasi) bebas wap-wap air
= dapat bentuk pelbagai habitat
Contoh = gajah, beruang, harimau & singa
*   Nutrien tanah
= bekal sumber makanan kepada tumbuhan
=untuk membesar, berbunga & berbuah
Contoh = ferum, natrium,fosforus & kalium

*   Bekal nutrien tanah
=tumbuhan & haiwan yang mati akan diurai & direputkan oleh bakteria
=zat galian dapat suburkan tanih

*   Udara/gas
=bekal oksigen kepada hidupan
=gas karbon dioksida kepada tumbuhan (fotosintesis)
*   Membekalkan air
=haiwan dan tumbuhan bekalkan air melalui proses transpirasi
*   Air
=habitat hidupan akuatik untuk membesar & membiak
=sumber utama keperluan fisiologi haiwan & manusia
=berlaku proses hidrasi menyebabkan kematian


*Cahaya matahari
=membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk proses fotosintesis