Kegagalan bukanlah penghalang bagi kita untuk mencapai kejayaan.Justeru,kegagalan itu harus ada untuk menjadikan kita terus berusaha agar dapat menjadi seorang yang sentiasa bangkit dari kegagalan tersebut. Hal demikian menunjukkan bahawa kita semua manusia yang lemah dan sentiasa jatuh kerana ada yang lebih baik untuk kita di masa depan apabila kita berusaha.Lihat sahaja melalui pembelajaran kanak-kanak berusia lingkingan 1 tahun.Sebelum itu dia belajar untuk menyulur,seterusnya merangkak dan akhirnya berjalan sehingga dapat menjadi seorang atlit larian di sekolahnya. Begitu indah ciptaan Allah buat kita sebagai hamba-Nya.
Kejayaan dapat di capai dengan beberapa penjelasan.Hal demikian dapat dicapai apabila kita sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.Sebagai contohnya,pelajar sekolah yang berada di kelas terakhir berazam untuk mencapai matlamatnya iaitu 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Melalui keazaman tersebut,dengan automatiknya dia akan berusaha sehingga berjaya.Hal demikian dapat menunjukkan bahawa kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan kerana kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa di cari.Buktinya seperti yang terpampang di bawah.
Di samping itu,kejayaan juga dapat di peroleh dengan mudah apabila kita dapat mendisiplinkan diri.Hal demikian dapat menunjukkan kita sebagai seorang pelajar yang mempunyai wawasan yang tinggi di dalam diri.Orang yang sentiasa berdisiplin selalu mendapat tempat di hati orang lain.Contohnya,keadaan di sekolah mudah sekali kita melihat bahawa seseorang itu sangat rapat dengan guru-guru lain.Jelaslah menunjukkan bahawa dia telah mendapat tempat di hati guru tersebut.Selain itu,pelajar yang rapat dengan guru selalunya mempunyai pelbagai kelebihan.Buktinya,segala kekurangan yang ada pada pelajar tersebut dapat di tampung dengan pelbagai ilmu supaya pelajar tersebut dapat mengatasi pelajar lain di sekolah tersebut.Justeru,kegagalan sebelum ini dapat di tampung semula untuk permarkahan di masa ujian akan datang.
Kegagalan bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar,malahan sering terjadi ketika alam perkahwinan yang tidak dapat di selamatkan.Hal ini sering berlaku kepada penduduk di kawasan bandar.Statistik ada menunjukkan bahawa setiap hari pasti adanya berlaku penceraian suami isteri.Punca berlakunya masalah ini sering dikaitkan dengan tidak sefahaman.Sebaliknya bukan ketidak sefahaman.Lebih tepat lagi di katakan curang dan mempunyai orang ke tiga dalam rumah tangga.Perkara ini dapat di lihat dekat dengan kita seperti di dada akhbar sudah terpampang banyak laporan.
Hal demikian dapat di cegah semula dengan mendekati diri kepada Allah.Sentiasalah memohon petunjuk-Nya dan sentiasa belajar hal keagamaan dan isu untuk tangani masalah rumah tangga tersebut.Jangan di lupakan nafkah yang perlu di beri kepada keluarga.Hal sedemikian selalu diambil remeh temeh,tetapi kita perlu sedar sebelum hal demikian kian menjejas prestasi kedudukan sebenar.
Kesimpulanya,setiap kegagalan di dalam hidup pasti ada jalan penyelesaiannya seandainya kita mahu mencari.Hal demikian jelaslah menunjukkan didalam hidup kita perlu berhati-hati untuk menjalani kehidupan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.Tidaklah bergunanya apabila "nasi sudah menjadi bubur".Oleh itu,semua pihak perlu bertanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing.Guru harus mengajar anak muridnya agar dapat mencapai kejayaan seterusnya mencapai kepuasan balasan kejayaan hasil didikannya.Seterusnya,ketua keluarga harus tahu posisi sebenar di dalam institusi kekeluargaan.Suami haruslah membimbing isteri supaya agama sentiasa lurus dan tidak terpesong dan akhir merasai nikmatnya alam perkahwinan sehingga ke syurga.In shaa Allah...